Wednesday, July 15, 2009

Jabat Sulung

Salam seluruh alam kupanjangkan kepada semua...



Kini aku kembali. Memang aku ingin kembali. Sudah lama aku berhasrat kembali. Namun kepayahan hati untuk berkata 'mula' membuatkan si celaka bernama Malas meliputi seluruh nadi rajinku. Namun, aku rasa semakin teruja untuk kembali, bukan kerana publisiti, bukan kerana aku mahu mengejar populariti. Mungkin suatu ketika dahulu (ketika zaman ingin menjadi hero, mungkin!) aku menulis kerana orang lain. Untuk orang itu dan ini, untuk si polan itu dan si polan ini, dan akhirnya aku sendiri sering berperang dengan rasa duka dan benci. Memperjuangkan sesuatu yang entah menambah keuntungan sesiapa, walaupun tahu risiko dicalar tetap juga mahu melakukannya. Dan kali ini, mungkin dalam usia yang meniti 'kayu-kayu yang semakin reput', aku semakin berisi (bukan setakat tubuh ya!) dan jari-jemariku juga semakin laju dan tidak sepatah-sepatah lagi mencari aksara yang bertaburan ini.

Dalam menjangkau usia sebegini, kadangkala aku merasakan aku tidak lagi perlu sendiri. Namun bagaimana hendak lebih daripada seorang jika aku sering sahaja menafikan bahawa suatu hari pasti ada dia yang mengisi ruang hati ini. Siapa dia itulah yang selalu menjadi musuh dalam persoalan yang sering meniti dalam setiap sel otak yang pastinya berselirat jika dipandang dengan mata kasar, apatah lagi jika ditenung secara halus. Ada jalan yang paling mudah sebenarnya, pandang ke dalam mata pasti hati berkata sesuatu. Ada atau tiada sahaja jawapannya.

Baiklah, cukup rasanya dengan bunga-bunga kata yang tak berapa nak berkembang macam bunga ros merah yang memang aku cukup suka. Biarlah orang kata berduri dan sebagainya, aku memang suka kerana aku juga seperti itu. Kalau takut tertusuk duri, jangan dekat kalau tak berani.

Boleh tak jika pengenalan ini sampai di sini sahaja?

Mengada-ngada sungguh aku ni kan...

1 comment:

  1. HMM..PEKIN TAK TAU NAK CAKAP APA JUAN..JUST PEKIN BOLEH CAKAP,PEKIN RASA SEDIH BACA PENULISAN NI..TAMPAK TAJAM SUSUNAN AYAT NYA..TETAPI HALUS PENGERTIAN NYA..JUA KAWALAN PERASAAN SI PENULIS TERLALU MENONJOL DALAM SETIAP PATAH AYAT NYA..TERUSKAN LUDAH ISI HATI ITU..

    ReplyDelete